FAQ

Sebarang pertanyaan berkenaan Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM) boleh diajukan melalui website atau terus ke halaman hubungi kami

Maahad tahfiz Al-Maghfirah (MATAM) merupakan sebuah pusat pendidikan tahfiz untuk melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafal, tetapi mampu mengingati, memahami dan mengamalkan Al-Quran. MATAM berhasrat membentuk generasi kepimpinan masa hadapan melalui pendidikan Al-Quran.

 

MATAM berjalan dengan konsep sekolah berasrama penuh. Antara keunikan MATAM adalah sistem bimbangan dan pembinaan sahsiah pelajar dipantau berkumpulan oleh seorang murobbi kepada 12 orang pelajar, lokasinya berdekatan kaki bukit, sangat kondusif untuk pelajar belajar dan menghafal.

Objektif umum:

Membina sahsiah duah huffaz berasaskan 4 akhlak:

  1. Memiliki keyakinan diri
  2. Mampu berusaha
  3. Berdikari
  4. Mampu memimpin dan menguruskan organisasi

Objektif pengajian:

  1. Pelajar menghafaz 30 juzuk Al Quran melekat kuat.
  2. Pelajar memahami kandungan pengajaran setiap surah.
  3. Pelajar memahami setiap ayat yang di hafaz.
  4. Pelajar menguasai Bahasa Arab, melalui ikrab al-Quran.
  5. Pelajar Menguasai asas Fardu Ain; Tauhid, Fiqh, Akhlak dan kemahiran al-Quran; tajwid, tarannum dan qiraat hafs.
  6. Pelajar mampu menjadi imam dengan bacaan yang bertajwid.
  7. Pelajar mahir sukan sunnah, mempunyai kemahiran kepimpinan, survival dan mempertahankan diri.

MATAM bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan. Berhampiran Bukit Broga.

Alamat MATAM:

Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM),
PT 927, Kampung Kapal, Ulu Beranang,
71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

  • Lelaki sahaja
  • Berumur 13 tahun pada tahun kemasukan
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar
  • Sudah khatam Al-Quran
  • Ada kemampuan menghafal Al-Quran
  • Tiada masalah disiplin
  • Lulus temuduga

Sistem kurikulum yang digunakan adalah sistem Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di tambah dengan kurikulum khas MATAM mengikut Al Quran dan Sunnah.

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah untuk membangun potensi dan membentuk karakter pelajar menjadi seorang yang Berani, Iffah, Adil dan Bijak melalui:

Sukan sunnah:

  • Berenang
  • Menunggang kuda
  • Memanah
  • Seni mempertahankan diri (Silat)

Aktiviti lain:

  • Riadah harian/mingguan
  • Pertanian
  • Khidmat masyarakat

MATAM mempunyai yuran tahunan dan yuran bulanan seperti berikut:

A) Yuran tahunan: RM 1500

Pendaftaran
Pembelajaran & Ko-kurikulum
Pengurusan pelajar
Takaful
Koperasi

B) Yuran Bulanan: RM 850

Jumlah yuran semasa pendaftaran: RM 2350

Jumlah yuran bulanan (bermula bulan ke-2): RM 850

Pendaftaran pelajar sesi 2025 akan dibuka bermula 1 September 2024 ini.
Kami juga akan membuat saringan pemilihan pelajar berdasarkan temuduga pelajar & ibu bapa.

Tuan/Puan boleh tekan butang “Daftar & Semakan” pada bahagian atas laman web untuk mendaftar.

Tarikh tutup pendaftaran MATAM bagi pengambilan sesi 2025 adalah pada 30 Oktober 2024.

Temu duga pelajar
a) Keupayaan membaca
b) Menulis jawi
c) Menghafal (diberi masa utk menghafal dan diperdengarkan semula)
d) Bahasa Arab

Temuduga ibu bapa pula bagi mengenalpasti hubungan ibubapa dan anak, kemampuan kewangan, kesediaan komitmen dan latar belakang.

Temuduga pelajar dan ibu bapa akan dijalankan 3 bulan sebelum sesi persekolahan bermula. Keputusan temuduga akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas perlaksanaan temuduga.

Sistem cuti persekolahan di MATAM adalah sedikit berbeza dengan takwim persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pelajar MATAM akan menjalani cuti persekolahan (pulang ke rumah) hanya 5 kali dalam setahun.

Cuti persekolahan MATAM:
i. Cuti Aidil Fitri
ii. Cuti Aidil Adha
iii. Cuti Penggal 2
iv. Cuti Penggal 3
v. Cuti Akhir tahun

Ya, kami menyediakan asrama untuk pelajar dengan kelengkapan cctv, mesin basuh dan kemudahan fasiliti asrama yang lain.