Tentang Kami
Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM) ialah sebuah Sekolah Kepimpinan Profesional Huffaz.
Falsafah
Sebuah Pusat Pendidikan Tahfiz Berteraskan al-Quran dan Sunnah, persekitaran yang solehah dan bimbingan guru murabbi qudwah, untuk membentuk para huffaz yang memiliki kesyumulan identiti yang seimbang untuk kepimpinan Tamadun Baru Islam.
Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM)
Visi KAmi
Menjadi pusat pendidikan bersepadu dengan kurikulum dan kokurikulum berteraskan penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem hafazan, pemahaman Al-Quran dan Al-Hadis serta aktiviti luar bilik darjah bagi membentuk keperibadian lengkap dan seimbang.
Misi Kami
Berjaya melahirkan ahli huffaz yang :
- Kuat hafalannya, faham quran dan baik amalannya.
- Bijak pandai yang cemerlang akademiknya, tinggi adab keilmuannya.
- Mempunyai personaliti mantap yang benar kata-katanya, yang amanah orangnya, yang kuat fizikalnya, yang sentiasa menyeru kepada kebaikan.
Carta Alir Pendidikan di MATAM
3 Tahun :
Hafalan Kuat , Faham Al-Quran, dan Penguasaan Bahasa Arab
3 Tahun Akademik :
Cemerlang, SPM Kurikulum KBD , Aliran Sains dan Agama.
Kaedah Hafazan
- Kaedah Deobandy(berasal dari negara India yang menerapkan mula menghafaz daripada juzuk 30, 29, 28, 27, 26 kemudian diikuti juzuk 1)
Kurikulum
- Sistem kurikulum yang digunakan adalah sistem Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di tambah dengan kurikulum khas MATAM mengikut Al Quran dan Sunnah
Kokurikulum
- Matam Menyediakan pelbagai jenis aktiviti luar bilik darjah seperti , memanah, berkuda, berenang, silat. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang mencungkil bakat dan potensi diri. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan juga di sediakan bagi meningkatkan kemahiran sosial pelajar.